Blog ni i dedikasikan special for all my friends. Since i masih kecil sampailah i dah besar panjang sekarang nih. Semuanya berkisar tentang kenangan, cerita manis & pahit serta apa yang berkaitan dengan persahabatan. To u all, i hope u all tak lupakan i walaupun kita jauh dari mata..huhuhu.. Windu sangat kat korang wey..!!

Sabtu, 20 Februari 2010

<<< Kawan >>>


Kawan,

seseorang yang sentiasa membantu kita,
sahaya aku terkaksima dengan dunia ini,
engkaulah jua aku mencari,
engkau membantu aku,
aku suka,
walaupun sebesar beras bantuanmu,
tetap akan aku ingati,
kerana budimu aku sangat hargainya,
suatu hari nanti,
tidak akan aku lupa,
membalas semua jasamu .

Kawan,

seseorang yang boleh kita percayai,
engkau tahu aku mempercayaimu,
segala kepercayaan aku letak pada engkau kawan,
aku harap engkau tidak mensia-siakanya,
engakulah tempat aku bersimpan rahsia,
mengharap orang lain,
aku kurang mempercayainya,
hannya engkau aku percaya sebagai kawan aku,
jadikanlah kepercayaan ini suatu kebaikan untuk engkau kawan.

Kawan,

seseorang yang boleh menasihati kita,
andai kesalahan melitupi aku,
engkau akan nasihati aku,
aku menghargainya dan aku mengingatinya,
aku berubah dengan nasihat engkau itu,
aku mahu,
engkau sentiasa menasihati aku,
nasihat engkau, pedoman untuk aku,
aku berharap kita sentiasa,
menasihati sesama yang lain,
sama-sama kita berjaya,
dimana jua kita berada.

Kawan,

seseorang yang mungkin kita akan kehilangannya suatu hari nanti,
aku harap,
ini tidak akan terjadi pada engkau kawan,

engkau itu kawan,

kawan itu engkau,

aku kawan engkau,

engkau kawan aku,

kenyataan ini engkau ungkailah dengan fikiran engkau itu,
andai engkau pergi dari hidup ini kawan,
aku harap engkau sentiasa bersedia,
menghadapi dunia penuh pancaroba ini,

andai engkau pergi dari hidup ini kawan,
aku hanya mengharap satu perkara dari engkau,
ingatilah persahabatan aku dan engkau ini,

kerana aku,

sangat menghargai persahabatan ini.

**************************************************

Puisi tentang 'Kawan' yang kat atas ni merupakan kiriman komen daripada my new frenz.. Huhuhu...

Who??

Beliau adalah Saudara Afzainizam from blog ni.

i suka cara dia, dalam komen dia.. selalu dia akan tinggalkan madah-madah.. (yang i peasan la) Contohnya yang i baca dalam blog PANTERA Kluang. Tak panjang, pendek pun ada. Hehehe..

Selalu gak i terjah blog dia, Fire Starting Automobil.
Banyak info pasal kenderaan kat situ.

Thank's alot ye, bro....

Salam Persahabatan...
p/s Yea, yea.. i dapat kawan baru...


best regards,

2 ulasan:

  1. salam ziarah salam kenalan dari kami

    Sahabat,

    Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

    Tetapi Sahabat,

    Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

    Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

    Ketahuilah,

    Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
    prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
    Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
    Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

    Oleh itu Sahabatku,

    Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…



    “SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

    Salam ziarah dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

    Terima kasih pada anummss kerana sangat prihatin terhadap tabiat buruk saya yang suka bermadah berhelah.... siap entrykan madah tu plak.... malu plak rasanya.....

    thanks sekali lagi kerana selalu berkunjung kat kedua-dua blog saya.... tapi sapa lah saya ni... sekadar mencoret kosong kat layar computer... bagi saya saya tak kisah kalau orang nak baca atau tidak yang penting sekali ape yang saya nak sampaikan tu.... bila dah jadi satu entry saya rasa puas hati sekali... sebabnya ape yang saya tahu saya nak orang lain kongsi... thanks sekali lagi pada awak ... saya kagum ngan awak coz awak ade 3 blog isssshhhh tak mampu saya nak jadi awak

    BalasPadam
  2. Pada Saudara Afzainizam..

    Thanks alot untuk setiap madah-madah yang sering ditinggalkan bersama komen yang membina.

    i sangat menghargainya..

    And, tak salah if kita berkongsi apa yang kita cuba sampaikan. i bangga dengan usaha u. hehehe..

    BalasPadam