Blog ni i dedikasikan special for all my friends. Since i masih kecil sampailah i dah besar panjang sekarang nih. Semuanya berkisar tentang kenangan, cerita manis & pahit serta apa yang berkaitan dengan persahabatan. To u all, i hope u all tak lupakan i walaupun kita jauh dari mata..huhuhu.. Windu sangat kat korang wey..!!

Khamis, 25 Februari 2010

<<< Sahabat >>>


Sahabat,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan,
yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan,
sering mendahulukanmu atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
mempercayaimu atas nama keikhlasan,
yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
ketahuilah olehmu sahabat,
Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi Sahabat,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya,
berasa ragu akan keikhlasannya,
itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia,
andainya engkau buka keaibannya,
itu tandanya engkau melaknati kejujurannya.
Engkau juga tidak menghargai segala kebaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi,
dan mula bersikap dingin dan berubah,
janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya,
menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya,
kejujuran dan keikhlasannya,
engkau permainkan..

Maka setelah itu,

usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi,
kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu Sahabatku,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…

************************************************************

Entry kali ni merupakan kiriman dari seorang sahabat yang sama.

Saudara Afzainizam yang tidak jemu-jemu menghadiahkan i puisi2 yang indah.

To u, bro.. i sangat-sangat menghargainya..

u memang seorang Sahabat yang baik :)


Kita berkongsi apa yang kita ada,
Kita luahkan apa yang kita rasa,
Untuk sahabat yang jauh dimata,
Kenangan yang indah, tak mungkin aku lupa
.


best regards,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan