Blog ni i dedikasikan special for all my friends. Since i masih kecil sampailah i dah besar panjang sekarang nih. Semuanya berkisar tentang kenangan, cerita manis & pahit serta apa yang berkaitan dengan persahabatan. To u all, i hope u all tak lupakan i walaupun kita jauh dari mata..huhuhu.. Windu sangat kat korang wey..!!

Sabtu, 20 Februari 2010

<<< Erti Seorang Sahabat >>>


**************************************************

"Dalam dunia ni kita tidak m'punyai sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dlm kita bersendirian, kita beruntung ….

Kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita …
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu….
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…
tetapi kita sering terlupa….

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kt terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga …Kadang-kadang kita terlupa …

sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,

tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu..

**************************************************

i percaya, mesti ada antara u all yang pernah baca madah kat atas ni kat mana-mana buku, blog atau mana saja. i dapat pun dari blog ni.

Apa ye yang dikatakan sebagai sahabat sebenarnya??

Termenung i sejenak, berfikir......

...Sahabat...

Erm....i pun ada sahabat. Semua kawan-kawan i, merupakan sahabat i. Walaupun mungkin, kitaorang jarang kelihatan bersama..p deorang adalah sahabat i.

Time i ngah dalam kesulitan..deorang ada (walaupun tak semua)

Bila gembira pun, deorang ada (walaupun tak semua jugak)

Dulu, time masih sekolah dulu..selalulah dikelilingi oleh sahabat-sahabat ni. P bila dah tamat sekolah, masing-masing dah punya hala tuju and cita-cita tersendiri.

Dan sekarang..kitaorang jarang and ada sesetengah tu, dah tak pernah bersama ngan i lagi.

P i tak kisah...

it's all because, kami dah besar.

Punya impian and matlamat hidup yang berbeza.

Punya jalan and cara yang berlainan.

And walaupun macam tu semua, i selalu nak sahabat-sahabat i tahu yang i sayang sangat-sangat kat deorang semua.

i tak pernah lupa deorang and kalau boleh, i nak jumpa balik deorang semua.

Siapa deorang??

Deoranglah sahabat-sahabat i dari i kecik sampai i dah besar ni..

To all my frenz....

i miss u all sOOO much..

best regards,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan