Tapi apakah itu kawan??
Geng warung kopi??
Member seperjuangan??
Member lepak??
Rakan-rakan sekolah??
atau
Kawan-kawan yang bersama-sama dengan kita semasa kecil??
Tak de prejudis,
Tak de perbezaan,
Tak de pertandingan,
Tak de persaingan,
Sehingga 1 hari kita belajar untuk buka mata dan
Kita akan nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.
Tak de hal..
Sekarang kalau nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas.
Tak payah keluar rumah,
Tak payah bangun dari kerusi
Tenung skrin komputer, keletak keletuk je keyboard
Boleh suka benda yang sama,
Tak suka pun tak pe,
Kenal tak kenal belakang cerita.
Risiko, kita tanggung sendiri
kerana
Persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.
Kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman dan rakan untuk mengisi kekosongan,
Tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita.
Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali.
Hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan.
Seperti surat-surat kiriman kenalan yang dekat dan jauh,
kita mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Membawa bersama kenangan manis, dan impian hidup yang ingin kita kongsi.
Seperti sebutir habuk yang ditiup angin, kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan.
Kita memikul beban dan kenangan pahit yang ingin kita lupakan.
Berpegang pada harapan untuk memulakan hidup baru.
Satu hari kita akan sedar, melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita.
Nak tak nak, kita terpaksa membuat pilihan dan berhadapan dalam pelbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan.
Pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru dan yang akan membawa kita pulang.
Terikat,
Terkongkong,
Terkurung,
Kita mencari jalan bagi melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut kita kemana saja kita pergi.
Kita tak boleh lari,
Tapi kita beranikan diri,
Tabah untuk mencari ruang,
Untuk mencari kebebasan.
Kadang-kadang kita lupa,
Bercakap bukan sekadar bercakap,
Mendengar bukan sekadar mendengar.
Tapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian,
Mencari kesefahaman.
Kita sedang meluahkan perasaan, isi hati dan keinginan untuk difahami.
Bila kita gagal untuk berkata-kata,
Kita perlukan seseorang untuk membantu.
Kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita.
Jadi, kita kembali mencari dengan penuh harapan.
Si dia yang telah kita kehilangan.
Tanpa menyedari kita telah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan pengganti tempat kita mengadu.
Bila dunia kita lumpuh, kita belajar untuk bangun semula.
Kita makan, minum, dan membuang masa seperti biasa.
tanpa menyedari segalanya sudah pun berubah.
Kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata-kata,
dan kita mungkin terkapai-kapai untuk bersuara,
Tetapi kenangan dan pengalaman yang kita genggam selama ini, akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.
Setiap yang kita lakukan mesti kena dengan caranya.
Nak buat minuman sedap..gula, air, susu mesti secukupnya.
Nak masak lauk..kena pilih bahan, kena pandai kawal api, dan sukatan rencah perlu tepat.
Tak lebih, tak kurang untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati.
Kerana,
Setiap kesilapan boleh menjejaskan.
Seperti juga dalam bercinta, lebih kurang sama je...
Itu ini mesti ada.
Mesti ada kemahuan, baru boleh suka sama suka.
Dan dalam persahabatan,
Diperlukan keserasian dan keikhlasan barulah boleh ngam,
dan dalam kenal mengenal antara satu sama lain pula,
Mesti ada kesabaran dan kesefahaman.
Akhirnya,
Bila kita bertemu dan saling berkenalan,
Bila kita sudah sehaluan,
Hanya masa yang akan menentukan perjalanan persahabatan kita.
Menunggu,
Rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu, menunggu dan menunggu.
Menunggu masa,
Menunggu peluang,
Menunggu nasib,
Menunggu tanpa penghujung,
Sehingga kita asyik bertanyakan bila, bila, bila-bila atau sampai bila.
Tetapi,
Macammana bosan, jemu dan jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu.
Dah jadi macam satu pekerjaan pulak, atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil.
Tapi,
Kadang-kadang menunggu tu kita rasa berbaloi jugak,
Bila kawan-kawan ada disamping kita.
Bila semuanya diluar kawalan kita, apa yang boleh kita buat???
Selain menunggu dan mengharap.
Apa yang boleh kita buat???
Hanya tunggu dan lihat.
Apabila kita sedar,
Apabila dunia yang kina bina mula rapuh dan retak,
Kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan,
Kerana itu saja yang kita mampu lakukan.
Kita sedar,
Perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah,
Seperti yang kita inginkan.
Hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit,
Badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat,
Hati yang kita harapkan lembut menjadi semakin keras,
dan,
kesunyian yang membelenggu diri menjadikan semakin teringin untuk mencapai kebahagian dan kesempurnaan.
Kita tahu, bukannya tak tahu.
Kita berani membebaskan diri,
Berani untuk melupakan kenangan silam,
dan mencari ketenangan.
Tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini, selangkah demi selangkah.
Bergelut dengan diri sendiri,
dan berhadapan dengan beban yang datang mencari.
Kita hanya boleh bersedia,
dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang.
p/s Petikan daripada Telemovie KAMI